(UPDATED) Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama dan Usul-Usul
1. Menteri Kewangan akan mencadangkan Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009.
2. Menteri Kewangan akan mencadangkan Rang Undang-undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009.
3. Menteri Kewangan akan mencadangkan Rang Undang-undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
4. Menteri Kewangan akan mencadangkan Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009.
5. Menteri Kewangan akan mencadangkan Rang Undang-undang Yayasan Labuan 2009.
6. Menteri Kewangan akan mencadangkan Rang Undang-undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009.
7. Menteri Kewangan akan mencadangkan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2009.
8. Menteri Kewangan akan mencadangkan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009.
Semua Rang Undang-undang (pindaan) Menteri Kewangan akan di bacakan kali kedua pada mesyuarat akan datang.
Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 9/2009) Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) (Pindaan) 2009 (Perdana Menteri)
3. (D.R. 10/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Pindaan ) 2009 (Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri )
4. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. (Perdana Menteri)
5. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009.
6. (D.R. 29/2008) Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008. (Kementerian Kewangan)
7. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 26 Februari 2009, maka Penyata Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat Mengikut Peraturan Mesyuarat 80A dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR 1 Tahun 2009 hendaklah diterima dan dipersetujukan.”
8. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv), Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan menukarkan pinjaman Kerajaan Persekutuan sebanyak RM757,459,247 kepada ekuiti Bank Pertanian Malaysia Berhad, suatu syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan)”.
9. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakan padanya oleh subseksyen (1) Seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas bil. ST.43, ST.44, ST.52, ST.54, ST.55, ST.56, ST.57, ST.58 dan ST.59 tahun 2009 disahkan.”
Ucapan Penangguhan
1. 1.7.2009 (Rabu) - Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - Menyegerakan serta menetapkan tempoh bagi pembinaan Hospital Queen Elizabeth yang diisytiharkan oleh Kerajaan tidak selamat untuk diduduki. (Menteri Kesihatan)
2. 1.7.2009 (Rabu) - Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) - Menteri Wilayah Persekutuan hendaklah mengutamakan pemulihan projek terbengkalai Plaza Rakyat. (Menteri Wilayah
Persekutuan.)
TEXT LIVE UPDATED (SILA KLIK)
LIVE VIDEO