PENGUMUMAN WEB TVANTARA - Untuk makluman semua, perkembangan berita mutakhir politik Malaysia kini telah dimasukkan dalam TVSelangor.com . Harap Maklum.
September 08, 2010 | Last update on 03/03/2009 09:52
(Updated closed 10.30 pm) LIVE DEWAN RAKYAT - 3 MAC 09
Sekarang berlangsung Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12. Siaran Langsung ini masih berterusan hingga jam 5.30 petang. 10.30 malam.
(UPDATED)
10.30 pm: Kementerian Kerjaraya tamatkan perbahasan. Dewan ditangguhkan. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi akan mengambil gilran berbahas, esok.
10.21 pm: MP Pokok Sena mencelah, bertanya mengenai pengumuman kenaikan tol, namun selepas itu umum tak jadi naik, bagaimana kerajaan mengambil keputusan yang lemah, apa masalah sebenarnya ketika membuat keputusan.
10.19 pm: MP Kota Melaka, Rantau Panjang mencelah, tanya mengenai apa yang dikatakan kerugian konsesi tol sedangkan sentiasa alami keuntungan.
9.57 pm: Kementerian Kerja Raya ambil giliran berbahas, Timbalan Menteri
9.14 pm: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ambil giliran berbahas, Timbalan Menteri
9.13 pm: MP Ampang memberitahu, Nurfadila berkenaan akan datang ke parlimen, minta menteri datang untuk selesaikan masalah.
9.11 pm: MP Ampang mencelah, sudah terkepil surat tawaran.
9.10 pm: Menteri memberitahu tentang status warga GSTT yang ditarik balik permohonan kerana mengandung, sebenarnya surat tawaran belum dikeluarkan.
8.53 pm: MP Kuantan mencelah mahu kementerian buat siasatan mengenai 'borang cari' (JKM) kerana dapat aduan bahawa keluar arahan dari kementerian yang diskriminasi permohonan kawasan pembangkang.
8.49 pm: MP Maran(BN) mencelah minta tidak perlu permohonan melalui MP Pakatan Rakyat tetapi terus melalui MP BN.
8.45 pm: MP Ampang, Rantau Panjang, Kuantan, Titiwangsa mencelah mengenai peruntukan bantuan JKM yang mendiskriminasi permohonan melalui tandatangan MP Pakatan Rakyat.
8.21 pm: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ambil giliran berbahas. Timbalan Menteri
8.02 pm: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ambil giliran berbahas. Menteri
7.50 pm: MP Titiwangsa, cadangkan pindaan akta mengenai kelulusan bajet dibawah kuasa Datuk Bandar KL.
7.32 pm: MP Titiwangsa, gembira sekiranya benar akan dijemput mendengar public hearing berkenaan, diharapkan ia menjeadi kenyataan. Minta penjelasan mengenai pembangunan pasar minggu Kg Baru, memberitahu rungutan penjaja disitu yang diketepikan setelah sekian lama membuka pasar minggu berkenaan.
7.25 pm: MP Batu mencelah, kebanyakkan ahli parlimen tidak diterangkan mengenai pembangunan di kg baru.
7.22 pm: MP Titiwangsa mencelah, mahu menteri selidik kemahuan sebenar penduduk yang terlibat, gantirugi dan sebagainya, apa yang diketahui penduduk masih kabur dengan apa yang dicadangkan oleh kerajaan. (Isu Draf Plan Bandaraya Kuala Lumpur)
7.05 pm: Kementerian Wilayah Persekutuan ambil giliran berbahas, Menteri
6.57 pm: Menteri jawap, pasukan polis pelancong ada disetiap negeri, tetapi 'tidak terperasan' kehadirannya.
6.56 pm: MP Rantau Panjang mencelah, mengenai tiadanya polis pelancong di Kelantan.
6.12 pm: Kementerian Pelancongan ambil giliran berbahas.
5.13 pm: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ambil giliran berbahas, Timbalan Menteri
4.24 pm: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ambil giliran berbahas, Menteri (Datuk Mustafa Mohamad)
4.23 pm: Kementerian Pelajaran akhiri perbahasan.
4.19 pm: Menteri jawab, masih menunggu laporan siasatan mengenai isu kepala babi yang dibalut bendera PAS di UM, suatu ketika dahulu.
3.30 pm: Kementerian Pengajian Tinggi ambil giliran berbahas, Timbalan Menteri
2.30 pm: Sidang bersambung. Menteri JPM, Nazri Aziz usulkan persidangan sehingga jam 10.30 malam. Dewan bersetuju. Kementerian perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan sambung perbahasan.
1.00 pm: Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang
12.30 am: Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ambil giliran berbahas. Timbalan Menteri
11.31 am: Jawap lisan berakhir perbahasan peringkat kementerian dibuka semula. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sambung perbahasan yang tertangguh semalam.
11.26 am: Jawap soalan 9. Timbalan Menteri.
11.16 am: Jawap soalan 8. Timbalan Menteri
11.07 am: Jawap soalan 7. Menteri
11.00 am: Dewan riuh tentang persidangan di perak yang dikatakan oleh pihak kerajaan, tidak bertamadun. Pihak pembangkang jawap, kerajaan perak -BN yang tidak bertamadun kerana menutup dewan.
10.56 am: MP Shah Alam, menegur sinis pihak kerajaan tentang persidangan perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok, hari ini.
1. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh mana ciri-ciri sekolah menengah harian perlu dinaik taraf menyamai sekolah berasrama penuh bagi membolehkan lebih ramai pelajar mengikut pembelajaran yang lebih bermutu di peringkat menengah.
2. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan projek RM4.3 bilion Jambatan Kedua Pulau Pinang apakah kedudukan pemberian tender pakej kedua (superstruktur) dan ketiga (lebuh raya darat), siapa dapat, sebab kelambatan, adakah kos berkurangan dengan penurunan harga minyak, adakah tender terbuka, bilakah tarikh persiapan dan adakah ia terjejas.
3. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan status pembinaan infrastruktur dan penawaran perkhidmatan oleh pemegang-pemegang lesen bagi teknologi Worldwide Interoperability for Microwave Access atau WiMAX dan
langkah-langkah berbentuk preventif dan punitif yang telah diambil pihak Kementerian bagi memastikan pelaksanaan yang mengikut jadual.
4. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan dalam membantu penoreh-penoreh semasa harga getah jatuh menjunam seperti mewujudkan harga lantai RM 3.00 sekilo dan adakah Kerajaan bercadang menyediakan pakej bantuan
tambahan kepada penoreh.
5. Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rancangan Kementeriannya untuk memperluaskan penggunaan Depot Tahanan Sementara Semuja.
6. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memecahkan monopoli perniagaan barangan makanan seperti gula yang sering mengalami kenaikan harga.
7. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa buah rumah rakyat kos rendah yang dibangunkan pada tahun 2008 dan berapakah jumlah peruntukan yang dibelanjakan bagi keseluruhan rumah tersebut mengikut negeri.
8. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah sebabnya rancangan pembinaan blok tambahan di Hospital Seberang Jaya ditunda. Adakah pihak Kementerian sedar bahawa kadar penghunian telah melebihi kapasitinya dan kesesakan dalam wad-wad mungkin membahayakan pesakit sekiranya berlaku kecemasan.
9. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah ada usaha Kementerian untuk meningkatkan kurikulum tingkatan enam di sekolah-sekolah setaraf dengan kurikulum peringkat matrikulasi sebagai usaha menampung pelajar-pelajar pintar yang tidak berpeluang memasuki pusat-pusat pengajian peringkat matrikulasi.
10. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) apakah tindakan-tindakan segera yang akan dilaksanakan untuk mencegah bertambahnya insiden gadis-gadis muda berumur di antara 12 dan 16 tahun yang terbabit dalam aktiviti seks awal, rakan seks berganda dan pengguguran; dan
(b) senaraikan bilangan insiden di atas mengikut negeri bagi tahun 2000.
11. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:-
(a) apakah Kementerian sedar bahawa beras bersubsidi tidak dinikmati oleh rakyat di negeri Sabah; dan
(b) jika ya, apakah rancangan Kementerian agar kemudahan ini dinikmati oleh rakyat Sabah khususnya rakyat miskin dan
berpendapatan rendah.
12. Tuan Sivarasa a/l K. Rasiah [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes-kes wanita dirompak termasuk beg diragut, rompakan di rumah dan semasa dalam kereta yang telah berlaku pada tahun-tahun 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008 mengikut negeri dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak polis untuk melindungi kaum wanita daripada ancaman ini.