September 08, 2010 | Last update on 05/03/2009 10:02

(Updated closed 5.31 pm) LIVE DEWAN RAKYAT - 5 MAC 09

   

Sekarang berlangsung Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12. Siaran Langsung ini masih berterusan hingga jam 5.30 petang.

(UPDATED)

5.31 pm: Speaker umum Jabatan Perdana Menteri akan disambung semula hari selasa depan, Bajet Mini akan dibentangkan hari selasa ini, jam 4.30 petang.

5.13 pm: Jabatan Perdana Menteri menggulung, Menteri, Amirsham Aziz

3.28 pm: Jabatan Perdana Menteri menggulung, Menteri, Zahid Hamidi

2.30 pm: Kementerian Luar sambung perbahasan.

1.00 pm: Dewan ditangguhkan hingga jam 2.30 petang.

12.55 am: Kementerian Luar ambil gilran menjawab. Menteri (Rais Yatim)

11.33 am: Kementerian Belia dan Sukan ambil giliran menjawab, Timbalan Menteri

11.30 am: Setiausaha umumkan Bacaan Rang Undang-undang bagi bacaan kali kedua. Bagi kementerian-kementerian.

11.23 am: Jawap soalan 10. Menteri

11.15 am: Jawap soalan 9. Timbalan Menteri

11.11 am: Menteri jawap, pendekatan baru, mula dedahkan maklumat kepada ibubapa, kanak-kanak agar jaga anak-anak, jangan terlalu depend on polis semata-mata.

11.10 am: MP Batu Gajah bertanya, apakah pendekatan baru untuk selesaikan kes seperti Nurin dan sebagainya.

11.09 am: Menteri jawap, rekod 1249 hilang.Polis tidak puas hati

11.08 am: Menteri jawap, CCTV tak mungkin dipasang disemua tempat di KL, CCTV dipasang oleh DBKL bukan pihak polis. Polis akan jadi consultant dimana patut dipasang.

11.06 am: Menteri jawap, ibubapa sendiri tak tahu anak keluar dengan siapa, kehilangan kerana pengaruh kawan-kawan. Bagi kanak-kanak, kebanyakan ibubapa tidak berhati-hati, kesukaran mengenai saksi-saksi untuk dapatkan maklumat.

11.05 am: MP Kubang Kerian bertanya mengenai tahap kepuasan hati kementerian terhadap performance anggotanya dalam menyelesaikan kes, juka bertanya mengenai CCTV dan sebagainya.

11.05 am: Menteri jawap mengenai kes Nurin dan sebagainya, telah ada penangkapan namun tidak ada bukti

11.02 am: Jawap soalan 8. Timbalan Menteri

11.01 am: Menteri jawap akan 'betul' kan sekadar segera, ada dalam rancangan mengenal pasti 225 tempat yang berbahaya.

11.00 am: MP Kuala Krai mencelah, bertanya response time terhadap kerosakan jalan raya, contohnya di Kuala Krai selepas menghadapi banjir.

10.56 am: Jawap soalan 7, Timbalan Menteri

10.45 am: Jawap soalan 6, Timbalan Menteri

10.36 am: Jawap soalan 5, Timbalan Menteri

10.33 am: Jawap soalan 4, Timbalan Menteri

10.32 am: MP Shah Alam, MP Sungai Petani mencelah, bertanya mengenai kes-kes lain seperti Kugan dan sebagainya.

10.30 am: Menteri perihal tentang individu yang ditembak mati di Kulim.

10.25 am: Jawap soalan 3. Timbalan Menteri

10.15 am: Jawap soalan 2. Timbalan Menteri.

10.05 am: Jawap soalan 1. Menteri, Shafie Apdal

10.00 am: Loceng dewan mula dibunyikan menunjukkan dewan bakal bersidang.

9.30 am: Polis dan pihak keselematan mula mempertingkatkan tahap keselamatan di parlimen. Ini bagi menghadapi penunjuk perasaan dipercayai penyokong Hindraf di pintu masuk parlimen hari ini,

Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan tentang usaha-usaha konkrit dan konsisten Kerajaan dalam mempromosi serta memelihara kebudayaan serta warisan Negara terutamanya di daerah-daerah luar bandar.

2. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keuntungan dan kerugian yang dialami oleh Syarikat Proton pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Apakah rancangan Kerajaan terhadap Syarikat Proton khususnya pada waktu bila negara kita ditimpa kemelesetan ekonomi dunia.

3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah kes pembunuhan dalam tempoh 5 tahun yang lepas dan berapa ramaikah penjenayah-penjenayah yang telah berjaya dibunuh serta jumlah pegawai-pegawai polis yang terbunuh semasa menjalankan tugas membanteras jenayah ini.

4. Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah projek-projek pembangunan yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan yang telah dilakukan di dalam kawasan Parlimen Seremban setakat ini. Adakah Kementerian yakin semua projek ini akan dapat dilaksanakan sebelum tamat tempoh Rancangan Malaysia yang ke Sembilan.

5. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha-usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian untuk mempromosikan buah-buahan tempatan yang istimewa di Sabah seperti di Belunu, Tarap dan Kembayau di mana buah-buahan ini tidak terdapat di Semenanjung.

6. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan kenapa rancangan One Laptop Per Child (OLPD) hanya dilaksanakan di Sarawak dan tidak pula di Sabah yang lebih rendah pendapatan per kapita berbanding jirannya. Apa pula peranan Danawa Resources Sdn Bhd dan Sacofa dalam projek OLPD ini.

7. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah-langkah jangka masa panjang dan pendek untuk mengatasi masalah jalan raya seperti Laporan Pantomim Keselamatan Jalan Raya tentang banyak lokasi jalan raya yang tidak selamat.

8. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah penyiasatan dan tindakan yang dapat diambil dalam kes-kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, kes penculikan dan kehilangan Sharlinie Mohd Nashar.

9. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah program-program yang dirancang oleh Kementerian bagi membantu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak negara di peringkat antarabangsa.

10. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah keseluruhan kos pembinaan dan kos pembelian peralatan perubatan yang telah dibelanjakan untuk Petronas Prince Court Hospital dan sejauh manakah ianya dapat memberikan manfaat kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

11. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan :-
(a) apakah Kementerian sedar bahawa ada jualan murah yang menawarkan potongan harga hingga 70 peratus; dan
(b) jika sedar, apakah kaedah khusus Kementerian dalam menentukan agar semua jualan murah ini adalah tulen dan bukan gimik jualan atau bertujuan memanipulasi harga semata-mata.

12. Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada jalan luar bandar seperti Jalan Tampulan-Kiulu, Jalan Pulutan-Mansiang, Jalan Kawakaan-Tindai dan Jalan Kiambang-Babagon Toki di bawah bidang kuasa Kementerian ini dan jumlah peruntukan penyelenggaraan untuk semua jalan luar bandar dan jalan kampung di Sabah.

 

Watch live video from Siaran TVAntara on Justin.tv


More News


Berita

Ekonomi

Kolumnis

 

Latest Videos

 
AI 22 OKT- Prinsip ...

Duration 01:53

   
AI 21 OKT- Persida ...

Duration 02:18

   
AI 21 OKT- PR Akan ...

Duration 03:20

 
 
AI 12 OKT - UMNO B ...

Duration 05:02

   
AI 12OKT-PENGUNDI ...

Duration 04:40

   
AI 12OKT- PR AKAN ...

Duration 03:49

 
 

Vote

Pemilihan Isa Samad Sebagai Calon Bagan Pinang Menunjukkan UMNO Tidak Serius Banteras Politik Wang

  

  

Getting poll results. Please wait...
 

Our Partners

TVAntara @ FACEBOOK


Merakyatkan Informasi


mengetengahkan isu dan senario politik terkini yang membabitkan kaum Dayak di Sarawak


Official website for Democratic Action Party


Harapan baru untuk Malaysia


Laman mengenai Warga Dayak Sarawak Lidah rasmi PAS Website kelolaan PAS Dungun Web yang dikelolakan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) Updated daily, the site has won several awards for its quality reporting. Malaysiakini.com offers alternative news and views of Malaysian.

 

TVSelangor Feeds

 

Sponsors


 

© TVAntara.com. All Rights Reserved.

Terms of service | Privacy guidelines | Advertise with us | About us | Contact us