September 08, 2010 | Last update on 19/03/2009 10:03

(Updated closed 8.11 pm ) LIVE DEWAN RAKYAT - 19 MAC 09

   

(UPDATED)

8.11 PM: Dewan ditangguhkan bersambung Isnin depan.

8.10 PM: Dewan luluskan peruntukan tambahan mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang
Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang
tambahan sebanyak dua bilion tiga ratus empat puluh satu juta enam ratus
tujuh puluh tujuh ribu empat ratus ringgit (RM2,341,677,400) diperuntukkan
daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2008, bagi
Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan
kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama,
2008 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2009 dan yang
disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang kesebelas
dan keduabelas penyata tersebut.

8.03 PM: Kini dewan menjadi Majlis Mesyuarat. Kini rang-rang undang pembekalan dibaca untuk kali ketiga sekarang untuk diluluskan. Kini ia dibacakan untuk kali ketiga.

8.00 PM: Menteri habis menjawab. Dewan bersetuju B.62,B.31 kementerian pelancongan menjadi sebahagian jadual perbelanjaan.

7.36 PM: Timbalan Menteri jawap berkenaan Kepala B.62 Kementerian Dalam Negeri.

7.11 PM: MP Rasah berbahas.

7.10 PM: Menteri habis menjawab. Dewan bersetuju bahawa B.60 menjadi sebahagian jadual perbelanjaan. Kini B.62 (Kementerian dalam Negeri) dibuka untuk dibahaskan.

6.56 PM: Menteri jawab soalan MP Machang, ia tidak berkaitan dengan B.60. Namun setelah ditekan oleh MP Machang, akhirnya menteri menjawab.

6.51 PM: Menteri jawab, roket Astros sistem pelancar roket berganda untuk regimen artilery, pertahanan udara.

6.50 PM: Timbalan Menteri menjawab mengenai Kepala B.60.

6.40 PM: MP Machang berbahas. mengenai tentera malaysia bahagian perisikan di Thailand

6.29 PM: MP Kubang kerian berbahas, menanya mengenai roket Astros yang dibeli oleh kerajaan.

6.28 PM: Menteri habis menjawab. Dewan bersetuju B.49 menjadi sebahagian jadual perbelanjaan. Kini Kepala B.60 Kementerian Pertahanan dibuka untuk dibahaskan.

6.25 PM: Timbalan Menteri menjawab berkenaan Kepala B.49 (Kementerian Pengajian Tinggi).

6.24 PM: Menteri habis menjawab. Dewan bersetuju Kepala B.48 dan P.48 menjadi sebahagian jadual perbelanjaan. Kini B.49(Kementerian Pengajian Tinggi) dibuka untuk dibahaskan.

6.18 PM: Timbalan Menteri menjawab dibawah Kepala B.48 dan P.48.

6.14 PM: Menteri habis menjawab. Dewan bersetuju Kepala B.44 dan P.44 menjadi sebahagian jadual perbelanjaan. Kini, B.48 dan P.48 dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dibuka untuk dibahaskan.

5.46 PM: Timbalan Menteri menjawab untuk Kepala B.44 dan P.44

5.29 PM: MP Kubang Kerian berbahas.

5.18 PM: MP Jerai berbahas.

5.11 PM: MP Pasir Puteh berbahas.

5.08 PM: MP Maran berbahas.

5.04 PM: MP Jempol berbahas, MP Baling berbahas.

5.03 PM: Menteri habis menjawab. Dewan bersetuju Kepala P.43 menjadi sebahagian jadual perbelanjaan. Kini Kepala B.44 dan P.44 dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dibuka untuk dibahaskan.

4.52 PM: Timbalan Menteri KPKT menjawab berkenaan P.43.

4.17 PM: Menteri tamatkan menjawab. Speaker kini buka untuk mengundi Kepala B.42 untuk menjadi sebahagian jadual perbelanjaan. Dewan Bersetuju. Kini Kepala P.43(Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan )pula dibuka untuk dibahas.

4.06 PM: Timbalan Menteri Kesihatan menjawab persoalan mengenai Kepala B.42

3.54 PM: MP Silam berbahas.

3.53 PM: MP Titiwangsa berbahas.

3.52 PM: MP Hulu Langat berbahas.

3.47 PM: MP Rompin berbahas.

3.45 PM: MP Teluk Intan berbahas.

3.31 PM: Dewan kecoh apabila membangkitkan mengenai Sarawak, terutamanya MP Kinabatangan.

3.27 PM: MP Ampang bangkitkan mengenai doktor yang sedikit di Batang Ai.

3.26 PM: MP Pasir Puteh berbahas. Memfokus Hospital Tengku Anis Pasir Puteh.

3.24 PM: Sekarang dewan buka untuk bahaskan Kepala B.42 (Kementerian Kesihatan). MP Kinabantangan kini berbahas.

3.22 PM: Menteri tamatkan perbahasan jawap Kepala B.41. Speaker buka untuk mengundi untuk bersetuju. Dewan bersetuju. Kepala B.41 kini menjadi sebahagian jadual. Dewan bersetuju.

2.32 PM: Dewan bersidang, speaker umum dewan kembali menjadi jawatankuasa. Timbalan menteri Pelajaran sambung jawap Kepala B.41.

1.01 PM: Dewan bersidang kembali menjadi majlis mesyuarat, Speaker umum akan disambung jam 2.30 petang ini.

1.00 PM: Menteri sentuh mengenai kes GSTT, Norfadilah. Dakwa tidak mendiskriminasi. MP Ampang bangkitkan nota yang diserahkan mengenai kes berkenaan yang tidak dilihat menteri.

12.39 AM: Menteri jelaskan mengenai peruntukkan untuk kenaikan pangkat, ia tidak mengira parti. MP Parit Buntar bangkit adakah ia benar atau sebaliknya, kerana realiti sebaliknya yang berlaku.

12.24 AM: Kini Timbalan Menteri, menjawab mengenai Kepala B.41

12.18 AM: MP Hulu Terengganu berbahas.

12.07 AM: MP Pokok Sena ambil bahagian berbahas.

12.05 AM: Gobala bangkit mengenai larangan kerajaan ditahan masuk sarawak. Speaker terpaksa hentikan ucapan Gobala.

11.58 AM: Gobala minta pengagihan peruntukan dalam Kepala B.41 diagihkan samarata tanpa melibatkan rasuah termasuk di Sarawak, memberi contoh UMNO yang digelar bapak rasuah. MP Sekijang berang.

11.54 AM: MP Padang Serai berbahas.

11.50 AM: MP Jasin berbahas.

11.44 AM: Kit Siang bangkitkan mengenai Ali Rustam yang rasuah politik. MP BN bangun bantah kerana lari topik.

11.42 AM: MP Ipoh Timur berbahas.

11.40 AM: MP Pulai berbahas.

11.35 AM: MP Kepong sambung perbahasan bersabit Kepala B.41 (Kementerian Pelajaran). Butiran lanjut sila klik kronologi dewan rakyat 18 Mac(semalam): KLIK

11.31 AM: Sesi jawap lisan berakhir. Menteri Mustafa Mohamed mengusulkan bahawa dewan tidak akan berakhir persidangan sehingga selesai pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009

11.28 AM: Jawap soalan 10. Timbalan Menteri

11.24 AM: Jawap soalan 9. Menteri (Mustafa Mohamed)

11.12 AM: Jawap soalan 8. Timbalan Menteri.

11.05 AM: Jawap soalan 7. Timbalan Menteri

10.56 AM: Jawap soalan 6. Timbalan Menteri.

10.51 AM: MP Pokok Sena, cadangkan Menteri diservis memandangkan cara menteri menjawab persoalan yang diketengahkan berhubung perkhidmatan feri.

10.48 AM: Dewan gamat seketika apabila Menteri menjawab perkhidmatan feri baik, sedangkan keadaan sebaliknya yang berlaku.

10.43 AM: Jawap soalan 5. Timbalan Menteri

10.34 AM: Jawap soalan 4. Timbalan Menteri

10.24 AM: Jawap soalan 3. Timbalan Menteri

10.15 AM: Jawap soalan 2. Timbalan Menteri

10.02 AM: Jawap soalan 1. Timbalan Menteri

10.00 AM: Persidangan bermula.

 

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan apakah pembelaan Kerajaan
terhadap golongan pesara di sektor swasta. Adakah skim pencen
swasta akan dilaksanakan segera.

2. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI
LUAR NEGERI menyatakan darihal “ASEAN Security Community”
menyentuh status kewujudan, organisasi, fungsi, pencapaian dan
halangan setakat ini.

3. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan pencapaian
negara kita dalam mematuhi piawaian dan kualiti antarabangsa bagi
produk-produk pertanian dan perikanan.

4. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang akan
diambil oleh Kerajaan untuk mengekang merebaknya penyakit AIDS
dan HIV daripada 80 ribu tahun lalu menjadi hampir tiga kali ganda
iaitu 300 ribu pada tahun 2015 sepertimana laporan Majlis AIDS
Malaysia.

5. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan yang diambil
terhadap pengusaha feri yang masih mengekalkan harga tambang feri
meskipun harga minyak telah turun dan apakah tindakan yang diambil
terhadap pengusaha yang mengabaikan mutu perkhidmatan,
kebersihan dan keselesaan penumpang.

6. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta
MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tidak ada
berkemungkinankah penubuhan sebuah cawangan Universiti
Pertanian Malaysia di kawasan Bagan Serai yang mempunyai pelbagai
potensi penyelidikan.

7. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI SUMBER ASLI
DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengenai penanaman semula
hutan di kawasan pembalakan di Sarawak. Setakat ini berapa
banyakkah kawasan yang telah ditanam semula dengan pokok hutan
asli dan berapa banyakkah kawasan yang telah dijadikan ladang
komersial. Adakah wujudnya peraturan untuk penanaman semula
hutan di kawasan yang dibalakkan.

8. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan jumlah kes penipuan melalui telefon bimbit/talian tetap
telah dilaporkan pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Berapakah kes
penipuan ini telah diselesaikan dalam tempoh tersebut. Adakah
Kerajaan telah mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu ini. Jika
ya, jelaskan langkah-langkah yang telah diambil. Jika tidak, mengapa.

9. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah
langkah-langkah daripada Kementerian untuk memastikan W.P
Labuan cukup dengan bekalan makanan sendiri atau Self-Sufficient in
food supply, oleh kerana W.P Labuan kini bergantung sepenuhnya
kepada import bekalan makanan daripada tanah besar Sabah, dan
sebagai contohnya Labuan kini masih mengimport produk pertanian
dengan anggaran kasar RM600 ribu sebulan.

10. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI
SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkahlangkah
yang diambil oleh Kementerian untuk memajukan industri
mineral negara. Berapakah pelaburan langsung (FDI) yang telah
dibawa masuk bagi memajukan sektor ini dan berapa peratuskah
sumbangan sektor ini pada GNP negara.

11. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI BELIA
DAN SUKAN menyatakan adakah pihak Kerajaan sedar bahawa
terdapat belia yang berpendidikan terlibat dalam salah laku jenayah
seperti penipuan akibat daripada masalah pengangguran yang
semakin serius di Malaysia. Adakah terdapat kajian mengenai
permasalahan ini.

 

SIARAN LANGSUNG SIDANG DEWAN RAKYAT.


More News


Berita

Ekonomi

Kolumnis

 

Latest Videos

 
AI 22 OKT- Prinsip ...

Duration 01:53

   
AI 21 OKT- Persida ...

Duration 02:18

   
AI 21 OKT- PR Akan ...

Duration 03:20

 
 
AI 12 OKT - UMNO B ...

Duration 05:02

   
AI 12OKT-PENGUNDI ...

Duration 04:40

   
AI 12OKT- PR AKAN ...

Duration 03:49

 
 

Vote

Pemilihan Isa Samad Sebagai Calon Bagan Pinang Menunjukkan UMNO Tidak Serius Banteras Politik Wang

  

  

Getting poll results. Please wait...
 

Our Partners

TVAntara @ FACEBOOK


Merakyatkan Informasi


mengetengahkan isu dan senario politik terkini yang membabitkan kaum Dayak di Sarawak


Official website for Democratic Action Party


Harapan baru untuk Malaysia


Laman mengenai Warga Dayak Sarawak Lidah rasmi PAS Website kelolaan PAS Dungun Web yang dikelolakan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) Updated daily, the site has won several awards for its quality reporting. Malaysiakini.com offers alternative news and views of Malaysian.

 

TVSelangor Feeds

 

Sponsors


 

© TVAntara.com. All Rights Reserved.

Terms of service | Privacy guidelines | Advertise with us | About us | Contact us